Lawatan ini turut menyaksikan pelancaran MPOB-GLIDE Palm Oil-Based Insulating Oil, iaitu minyak penebat pertama berasaskan 100% minyak sawit tempatan yang dihasilkan hasil kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Datuk Ewon berkata, kerjasama strategik ini mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring membangunkan ekosistem industri yang lebih mampan.
“Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan aspirasi kerajaan untuk memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring dalam memperkukuh ekosistem industri negara, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing di peringkat global,” katanya.
Produk minyak penebat tersebut ditawarkan dalam tiga variasi Natural Ester, Modified Ester, dan Synthetic Ester, sekali gus memenuhi piawaian ESG global serta pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
Presiden Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad menjelaskan bahawa potensi pasaran minyak penebat berasaskan ester ini amat besar.
“Pasaran minyak penebat berasaskan Natural Ester dianggarkan bernilai AS .2 bilion pada 2024 dan dijangka meningkat sehingga AS.5 bilion menjelang 2033 dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 8.25 peratus hingga 9.2 peratus. Kami berharap TNB dan IPP akan tampil menyokong inisiatif berani ini dengan menjadi juara kepada minyak penebat MPOB-GLIDE,” katanya.
Selain itu, Datuk Ewon turut merasmikan fasiliti makmal penyelidikan baharu Glide Technology yang dilengkapi peralatan ujian terkini hasil sokongan SME Bank, sekali gus meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat. Selain itu, majlis itu juga menyaksikan beberapa pemeteraian kerjasama strategik termasuk pertukaran Letter of Intent bersama UniKL Resources Sdn Bhd, serta MoA dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Program Pembangunan Vendor.
Dalam masa sama, Glide turut mengumumkan rancangan masa depan bagi membangunkan kemudahan pengeluaran automasi penuh dengan kapasiti sehingga 8,000MT sebulan, di samping membuka peluang kepada pelabur strategik tempatan dan antarabangsa.
Dengan sokongan TNB dan kerjasama penjenamaan bersama Petronas Lubricants International (PLI), Glide yakin Malaysia mampu muncul sebagai hab pengeluaran minyak penebat sawit lestari untuk pasaran global.









 
            
             
        
        
             
		 
                 
 BR                                25393
BR                                25393                             VN                                13114
VN                                13114                             US                                9310
US                                9310                             IN                                4140
IN                                4140                             AR                                3075
AR                                3075                             CN                                1791
CN                                1791                             GB                                1758
GB                                1758                             AO                                1490
AO                                1490                             
         
        