请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
Glide Technology Sdn. Bhd.
Glide Technology Sdn. Bhd. 200701001477 (759475-T)
营业
时间
星期一 - 星期五 8:30 AM - 5:30 PM
星期六 - 星期日 休息
营业 休息
Onesync Platinum SSM

Glide Technology terajui inovasi tenaga hijau, minyak penebat sawit pertama Malaysia dilancar - Glide Technology Sdn. Bhd.

Glide Technology terajui inovasi tenaga hijau, minyak penebat sawit pertama Malaysia dilancar

28-Oct-2025

SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, mengadakan lawatan kerja rasmi ke Glide Technology Sdn Bhd hari ini, sekali gus mengiktiraf kejayaan syarikat itu sebagai peneraju SME Bumiputera dalam industri tenaga negara.

Lawatan ini turut menyaksikan pelancaran MPOB-GLIDE Palm Oil-Based Insulating Oil, iaitu minyak penebat pertama berasaskan 100% minyak sawit tempatan yang dihasilkan hasil kerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Datuk Ewon berkata, kerjasama strategik ini mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring membangunkan ekosistem industri yang lebih mampan.

“Kerjasama strategik seperti ini mencerminkan aspirasi kerajaan untuk memastikan GLC dan SME Bumiputera bergerak seiring dalam memperkukuh ekosistem industri negara, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing di peringkat global,” katanya.

Produk minyak penebat tersebut ditawarkan dalam tiga variasi Natural Ester, Modified Ester, dan Synthetic Ester, sekali gus memenuhi piawaian ESG global serta pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).
Presiden Glide Technology, Datuk Muhazli Muhamad menjelaskan bahawa potensi pasaran minyak penebat berasaskan ester ini amat besar.
“Pasaran minyak penebat berasaskan Natural Ester dianggarkan bernilai AS .2 bilion pada 2024 dan dijangka meningkat sehingga AS.5 bilion menjelang 2033 dengan kadar pertumbuhan tahunan sekitar 8.25 peratus hingga 9.2 peratus. Kami berharap TNB dan IPP akan tampil menyokong inisiatif berani ini dengan menjadi juara kepada minyak penebat MPOB-GLIDE,” katanya.

Selain itu, Datuk Ewon turut merasmikan fasiliti makmal penyelidikan baharu Glide Technology yang dilengkapi peralatan ujian terkini hasil sokongan SME Bank, sekali gus meningkatkan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat. Selain itu, majlis itu juga menyaksikan beberapa pemeteraian kerjasama strategik termasuk pertukaran Letter of Intent bersama UniKL Resources Sdn Bhd, serta MoA dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Program Pembangunan Vendor.
Dalam masa sama, Glide turut mengumumkan rancangan masa depan bagi membangunkan kemudahan pengeluaran automasi penuh dengan kapasiti sehingga 8,000MT sebulan, di samping membuka peluang kepada pelabur strategik tempatan dan antarabangsa.
Dengan sokongan TNB dan kerjasama penjenamaan bersama Petronas Lubricants International (PLI), Glide yakin Malaysia mampu muncul sebagai hab pengeluaran minyak penebat sawit lestari untuk pasaran global.
总办事处

Glide Technology Sdn. Bhd. 200701001477 (759475-T)
8, Jalan Tiang U8/92, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.glidetechnology.com.my
网址: https://glidetechnology.newpages.com.my/
网址: https://glidetechnology.onesync.my/

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • BR 13109
  • VN 10188
  • US 5268
  • AR 2177
  • CN 1219
  • MY 1155
  • EC 860
  • SG 806
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us