Please login to use this feature. You can use this feature to add the product to your favourite list.
Close
You have added this product to your favorite list. Check My Favourite
Close
You have removed this product from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your favourites list.
Close
This company has been added successfully. Check My Favourite
Close
This company has been removed from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your inquiry cart.
Close
This company has been added to your inquiry cart.
Close
This company has been removed from your inquiry cart.
Close
This product has been added to your inquiry cart.
Close
This product has been removed from your inquiry cart.
Close
Maximum number of Product/Company has been reached in inquiry cart.
Close
Super Motor Company
Super Motor Company 198303054609 (JM0062716-X)
Onesync AI SSM

Motosikal Selepas Banjir: Cara Selamatkan dengan Betul

26-Aug-2025

Motosikal Selepas Banjir: Cara Selamatkan dengan Betul 

Banjit sering kali menjadi bencara yang tidak dapat dielakkan, terutama di kawasan yang kerap dinaiki air. Apabila motosikal anda terperangkap dalam banjir, tindakan segera sangat penting untuk memastikan kerosakan tidak menajdi lebih parah. Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah terperinci yang boleh anda ambil untuk menyelamatkan motosikal anda selepas ditenggelami banjir.

Langkah-Langkah Menyelamatkan Motosikal Selepas Banjir

1. Periksa Tahap Kerosakan dengan Teliti

Setelah motosikal berada di tempat yang kering, periksa tahap kerosakan motor dengan teliti. Periksa sejauh mana motosikal anda terendam dalam air. Jika air hanya mencapai bahagian bawah enjin, kerosakannya mungkin minima. Namun, jika ia tenggelam sepenuhnya, anda perlu bersedia untuk pemeriksaan yang lebih menyeluruh.

Selain itu, periksa juga sama ada bahagian penting motor dimasuki lumpur atau air. Pastikan periksa dengan teliti bahagian rantai, brek, ekzos, dan segala bahagian di motosikal.

2. Jangan Cuba Hidupkan Enjin

Elakkan daripada menghidupkan enjin segera selepas banjir. Air mungkin telah masuk ke dalam sistem enjin dan percubaan untuk menghidupkannya boleh menyebabkan kerosakan serius seperti enjin terkunci.

3. Keringkan Komponen Elektrik

Komponen elektrik seperti bateri, pencucuh, dan kabel perlu dikeringkan sepernuhnya sebelum digunakan. Gunakan kain bersih untuk menyerap kelembapan atau biarkan kering di bawah sinar matahari untuk memastikan semua komponen kering sepenuhnya.
 

4. Tukar Minyak Pelincir dan Penapis Udara

Air yang masuk ke dalam enjin boleh mencemari minyak pelincir dan penapis udara. Ganti minyak pelincir dengan segera. Di samping itu, periksa penapis udara dan tukar jika perlu, kerana lumpur boleh membuatkan saluran udara tersumbat dan untuk elakkan kerosakan dalaman.

5. Hantar ke Mekanik Profesional untuk Dapatkan Pemeriksaan

Langkah terakhir, bawa motosikal anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun anda telah melakukan pemeriksaan awal, adalah lebih baik membawa motosikal ke bengkel untuk pemeriksaan lebih terperinci. Mekanik profesional boleh memastikan semua bahagian motosikal, termausk brek dan suspensi, dalam keadaan baik dan tiada kerosakan tersembunyi, terutama pada bahagian dalaman enjin.

6. Lakukan Penyelenggaraan Selepas Banjir

Selepas motosikal anda dibaiki, pastikan anda melakukan penyelenggaraan berkala. Ini termasuk seperti menyapu minyak pelincir pada rantai, periksa tekanan tayar, dan lakukan servis enjin untuk memastikan prestasi kekal optimum.

Menangani motosikal yang terjejas akibat banjir dan juga menjimatkan kos pemaikan. Pastikan anda bertindak segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih mahal di masa depan. Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat!

Banjir boleh membahayakan motosikal anda, tetapi tindakan pantas dan penyelenggaraan yang betul dapat menyelamatkan pelaburan anda.


 
Pejabat Utama

Super Motor Company 198303054609 (JM0062716-X)
11 & 21, Jalan Kacung 1, S.E.D.C., 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Tel:

Emel:
Laman Web: https://www.kedaimotorjb.com.my
Laman Web: https://kedaimotorjb.newpages.com.my/
Laman Web: https://kedaimotorjb.onesync.my/

Melayari Melalui : Laman Utama - Klasifikasi - Syarikat - Tempat - Tag - Produk - Berita Baru dan Promosi - Jawatan Kosong - Laman Web Mudah Alih - Google - Keputusan SEO

NEWPAGES

  • BR 18003
  • VN 8628
  • US 8551
  • AR 1524
  • AU 1343
  • CA 1326
  • CN 1262
  • TH 1256
Orang dalam talian
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us