Nama Program: Pemasangan Dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) Nose Code: F432-007-3:2020
SKM Level 3 dalam HVAC (Heating, Ventilation, and Air Conditioning) adalah tahap pendidikan yang memberi pengetahuan mendalam tentang sistem HVAC. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin memperoleh kemahiran praktikal serta teori dalam bidang ini. Kursus ini memberi tumpuan kepada latihan praktikal dan teori yang mengembangkan kebolehan seseorang untuk bekerja sebagai juruteknik HVAC yang berkelayakan. Setelah menamatkan kursus, peserta akan mendapat sijil SKM Level 3 yang mengiktiraf kemahiran mereka dalam bidang ini
Pembelajaran dan Silibus SKM Level 3 HVAC: Silibus bagi SKM Level 3 HVAC biasanya merangkumi aspek teknikal dan kemahiran praktikal dalam bidang HVAC. Berikut adalah beberapa topik utama yang biasanya terkandung dalam silibus: KOMPETANSI TERAS -Pemasangan Peralatan Pemanas Fasa Tunggal -Pemasangan Peralatan Pengudaraan Fasa Tunggal -Pemasangan Peralatan Penyaman Udara Fasa Tunggal -Pengujian dan Pentauliahan Peralatan HVAC