KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants International (PLI) menjalinkan kerjasama dengan pengeluar minyak pelincir tempatan, Glide Technology Sdn Bhd (GLIDE) bagi mengeluarkan minyak penebat untuk kegunaan industri tenaga tempatan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Khalil Muri, berkata, menerusi kerjasama itu, PLI akan menyediakan formulasi manakala Glide akan mengeluarkan minyak penebat berkenaan di bawah jenama Petronas Tranol Glide.
Katanya, minyak penebat memainkan peranan penting dalam operasi transformer yang merupakan teras utama pencawang elektrik.
"Kepakaran dan keupayaan PLI yang terbukti dalam menyediakan penyelesaian industri dan produk berkualiti tinggi akan membolehkan kami menyokong pertumbuhan sektor industri negara yang terus mencatatkan trajektori peningkatan sejak beberapa dekad lalu.
Menerusi kerjasama dengan PLI, GLIDE akan mengeluarkan Petronas Tranol Glide di kemudahannya untuk pengedaran dalam negara.
Sementara itu, Presiden Kumpulan Syarikat GLIDE, Datuk Muhazli Muhamad, berkat, perjanjian dengan PLI adalah detik penting dalam perjalanan pertumbuhan dan transformasi syarikat itu.
"Ia mengesahkan keupayaan pasaran dan teknikal kami, memperkukuh peranan kami dalam ekosistem tenaga negara, serta meneguhkan komitmen kami dalam menyokong pembangunan industri negara melalui penyelesaian minyak penebat bertaraf dunia keluaran tempatan," katanya.
"Rangkaian Petronas Tranol Glide dihasilkan untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sistem tenaga bagi menyokong pertumbuhan ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-dua syarikat pengeluar pelincir itu di sini, hari ini.
GLIDE, pengeluar minyak pelincir tempatan dengan kemudahan yang terletak di Shah Alam, Selangor, adalah pembekal kepada syarikat utiliti dan pengeluar transformer.



BR 26553
VN 16894
US 6251
IQ 5921
AR 4605
MY 3714
MX 2759
MA 2350
