请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
EASY APPLY SDN BHD
EASY APPLY SDN BHD 201701044586 (1258759-W)
Onesync AI SSM

Andai Tiada Dia - Kisah Pelayaran Bahtera Rumahtangga

17-Jun-2025

Kisah Konflik Hala Tuju Perkahwinan Dan Pergaulan Bebas Antara Ipar Menemui Penonton 21 Oktober Ini

 
Drama bersiri terbaharu, ‘Andai Tiada Dia’, sebuah kisah mengenai konflik alam perkahwinan, mengetengahkan isu-isu melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga, dalam melayari alam perkahwinan mereka. Drama bersiri ini mula bersiaran dari 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

‘Andai Tiada Dia’ merupakan naskah terbaharu terbitan Global Station, dengan membawakan para penonton kepada kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema untuk mempunyai zuriat, ditambah dengan konflik percintaan terlarang antara adik dan juga abang ipar, dan juga ketabahan seorang wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan. Naskah ini juga membawa para penonton menyelami turun naik emosi dalam setiap konflik yang dipaparkan.

Penceritaan drama penuh emosi suka duka menerusi 36 episod ini adalah hasil sentuhan pengarah Riza Baharudin. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim.

 

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan Zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak. Kematian Hisyam, adik kepada Haikal meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.

WATAK PELAKON:

Hisyam Hamid sebagai Haikal
Ummi Nazeera sebagai Suri
Mimi Lana sebagai Intan
Zahiril Adzim sebagai Falah
Husna Mustaffa sebagai Erma
Lan Siro sebagai Ikhwan
Kodi Rasheed sebagai Rafiq
Mia Nasir sebagai Bainun
Auni Yusri sebagai Yasmin
Adam Malek sebagai Wafie Chamber
Rosnah Johari 
Mas Anizan
Rahim Omar
Riz Amin
Zarynn Min
总办事处

EASY APPLY SDN BHD 201701044586 (1258759-W)
Unit 2-2, MH Avenue, No. 2, Jalan Bunga Kantan, Off Jalan Genting Kelang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.astro-fibre.my
网址: https://astro-fibre.newpages.com.my/
网址: https://astro-fibre.onesync.my/

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • US 7002
  • BR 3178
  • AU 1501
  • JP 1339
  • SG 1184
  • TH 1163
  • VN 1138
  • CA 1059
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us