请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd.
ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd. 201501037613 (1162934-H)
营业
时间
星期一 - 星期四 8:30 AM - 5:30 PM
星期五 - 星期六 休息
星期日 8:30 AM - 5:30 PM
我们在 公共假期休息
营业 休息

HSE AND AWAY DAY

04-Nov-2024

Pada 31 Oktober 2024, keluarga besar ZABSI berkumpul di DITC Teluk Kalong hari yang penuh kegembiraan dan kenangan sempena HSE & Away Day. Acara istimewa ini bukan sahaja menandakan pencapaian penting dalam komitmen kami terhadap kesihatan dan keselamatan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara ahli pasukan melalui aktiviti pembinaan pasukan yang menyeronokkan. Acara ini adalah anjuran unit HSE ZASBI dan Kelab ZASREX yang telah bertungkus lumus membuat persediaan dari awal sehingga hari acara.

Meraikan Pencapaian Bebas LTI
Sorotan utama hari ini adalah meraikan pencapaian luar biasa kami iaitu 1,000,000 jam tanpa Kecederaan Hilang Waktu (LTI). Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami untuk mengekalkan piawaian keselamatan tempat kerja yang tinggi dan melindungi kesejahteraan semua kakitangan kami. Ini adalah saat yang membanggakan bagi semua, kerana pencapaian ini menunjukkan komitmen kolektif kami dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Aktiviti Pembinaan Pasukan (Teambuilding)
Hari tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti teambuilding yang direka untuk mengukuhkan ikatan dan meningkatkan kerjasama antara staf ZABSI. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menjadi peluang yang berharga bagi semua untuk berhubung, berkomunikasi, dan bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Tenaga dan semangat yang dipamerkan oleh semua staf benar-benar mengagumkan dan menonjolkan semangat kemesraan dalam keluarga ZABSI.

Pengiktirafan dan Penghargaan
Sepanjang acara, individu dan pasukan diiktiraf atas sumbangan mereka dalam mencapai milestone LTI dan komitmen mereka terhadap keselamatan dan kecemerlangan. Momen-momen pengiktirafan ini menegaskan betapa pentingnya peranan setiap orang dalam kejayaan kolektif kita dan memotivasi semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kerja kita.

HSE & Away Day ini adalah kejayaan besar, meninggalkan semua dengan semangat yang diperbaharui dan rasa kesatuan yang kukuh. Semasa kita melangkah ke hadapan, kami tetap komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam kesihatan, keselamatan, dan kerjasama. Kami teruja untuk membina momentum ini dan terus bekerja bersama-sama untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan menyumbang menjayakan hari ini. Mari kita teruskan semangat kerjasama dan keselamatan semasa kita melangkah ke masa depan yang cerah dan berjaya!

#ZABSI #HSEAwayDay #Teambuilding #KeselamatanUtama #1JutaLTI #DITCTelukKalong
 
总办事处

ZABSI Industrial Ventilation Sdn. Bhd. 201501037613 (1162934-H)
PT 15975 & PT 15976, Tingkat Atas, Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.zabsi.com
网址: https://zabsi.newpages.com.my/
网址: https://zabsi.onesync.my/

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • BR 2609
  • VN 2407
  • US 1282
  • IN 643
  • SG 518
  • CN 511
  • GB 360
  • MY 347
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us