Ini kerana berbanding pinjaman bank, pinjaman LPPSA sangat menguntungkan kerana ia menawarkan kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa menggunakan duit poket sendiri.
Disebabkan itu, penjawat awam amat disarankan untuk mengambil peluang ini dan membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA.
Apakah LPPSA?
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.
Penubuhan LPPSA yang sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.
Menurut satu kenyataan akhbar, setiap tahun LPPSA meluluskan 40,000 permohonan membabitkan pembiayaan di antara RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun.
Tujuh pembiayaan LPPSA:
Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA, iaitu:
Jenis 1 | Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap |
Jenis 2 | Membina rumah di atas tanah sendiri |
Jenis 3 | Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan |
Jenis 4 | Membeli tanah dengan tujuan membina rumah |
Jenis 5 | Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan |
Jenis 6 | Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan |
Jenis 7 | Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman |
Manfaat Pinjaman LPPSA:
Pelbagai kelebihan pinjaman perumahan kerajaan boleh dinikmati oleh penjawat awam antaranya adalah:
Marjin pembiayaan Sehingga 100%
Kadar faedah Kadar tetap 4% setahun
Bilangan pembiayaan 2 pembiayaan.
Marjin pembiayaan | Sehingga 100% |
Kadar faedah | Kadar tetap 4% setahun |
Bilangan pembiayaan | 2 pembiayaan. Pembiayaan kedua hanya dibenarkan selepas pembiayaan pertama selesai bayar untuk membeli hartanah baru ATAU kerja ubahsuai rumah sahaja tertakluk kepada syarat ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji hakiki semasa. |
Ansuran bulanan | Bagi pembiayaan pertama, ansuran bulanan tidak lebih 60% ATAU jumlah hutang tidak lebih 80% daripada pendapatan bersih. Bagi pembiayaan kedua, ansuran bulanan tidak lebih 50% ATAU jumlah hutang tidak lebih 80% daripada pendapatan bersih. |
Tempoh pinjaman | Bagi pembiayaan pertama Jenis 1, 2, 3, 4 dan 5 tidak lebih 420 bulan (35 tahun) atau umur 90 tahun. Bagi pembiayaan pertama Jenis 6 tidak lebih 420 bulan (35 tahun) atau umur 90 tahun termasuk tempoh bayaran balik Jenis 4 atau 5 yang digunakan. Bagi pembiayaan kedua Jenis 1,2,3,4,5 dan 7 tidak lebih 360 bulan (30 tahun) atau umur 90 tahun. Bagi pembiayaan kedua Jenis 6, tidak lebih 360 bulan (30 tahun) atau 90 tahun termasuk tempoh bayaran balik pembiayaan Jenis 4 atau 5 yang digunakan |
Kelebihan LPPSA | Kadar faedah kekal 4%. Potongan luar gaji tak dikira sebagai komitmen (menyebabkan kelayakan membeli rumah sangat tinggi). 100% pinjaman tanpa mengira bilangan rumah termasuk tanah dan pembinaan. Elaun dan segala imbuhan dikira sebagai gaji kasar. |
Siapa Boleh Mohon LPPSA?
Contoh pemohon yang layak memohon untuk pembiayaan LPPSA antaranya adalah:
) Anggota perkhidmatan awam, polis, tentera, pentadbiran negeri, pentadbiran persekutuan
) Ahli Dewan Undangan Negeri, Parlimen, hakim
) Badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, dan kerajaan negeri

Syarat mohon LPPSA
) Warganegara Malaysia.
) Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
) Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
) Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
) Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
) Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
Apa cara bayaran balik pinjaman LPPSA?
Pembayaran balik boleh dibuat melalui potongan pencen jika peminjam telah bersara, ataupun potongan gaji bagi peminjam yang masih berkhidmat.
Malah berdasarkan pengumuman Bajet 2023, pesara kerajaan tanpa skim pencen juga dibenarkan membayar pinjaman LPPSA sehingga selesai berbanding sebelum ini mereka tanpa skim pencen perlu menyelesaikan semua baki pinjaman selepas tamat perkhidmatan.
Maklumat Lanjut
Untuk mengakses ke akaun pembiayaan anda dengan lebih mudah dan cepat, sila hubungi: 010 – 809 1101
Kami memberi percuma perkhidmatan bantu anda urusan dari A sampai Z permohonan pembiayaan dengan pihak LPPSA berjaya mendapat surat kelulusan.
* Tiada sebarang kos dikenakan bagi permohonan / pertanyaan. Kami berusaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.