请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
EXP FISHING (M) SDN BHD
EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
Onesync Platinum SSM
地区:

槟城 大山脚

Tips untuk Pemula: ASAS MEMILIH BC REEL UNTUK CASTING - EXP FISHING (M) SDN BHD

Tips untuk Pemula: ASAS MEMILIH BC REEL UNTUK CASTING

21-Sep-2024

Penggunaan BC reel semakin popular di dalam kalangan caster seluruh Malaysia. Tidak kira lapisan umur pemancing, bahkan kanak-kanak yang memancing juga sudah ramai yang mahir menggunakan BC reel. Antara sebab utama pemancing gemar menggunakan BC reel disebabkan prestasi yang lebih baik untuk cast jauh & tepat ke sasaran terutamanya dalam game mengejar boiling ikan. Namun, untuk menggunakan BC reel juga memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk mengurangkan masalah kusut, backlash ataupun lebih dikenali sebagai bihun. Berikut adalah asas-asas yang perlu dipertimbangkan semasa memilih reel BC yang sesuai:

Gear Ratio

Gear ratio merujuk kepada bilangan pusingan reel untuk setiap sekali pusingan handle reel. Gear ratio yang lebih tinggi membolehkan anda menarik tali mainline ke dalam spool dengan lebih cepat. Dalam erti kata lain, gewang yang sudah di baling jauh itu lebih cepat sampai ke anda dengan dengan lebih cepat apabila menggunakan gear ratio yang lebih tinggi. Tetapi harus diingat gear ratio yang rendah juga mempunyai kelebihan tersendiri terutama ketika menggunakan gewang selaman dalam. Untuk lebih mudah, kami mencadangkan pilih gear ratio kategori all rounder dari kami iaitu 7.

Line Capacity

Line capacity merujuk kepada kebolehan reel untuk menyimpan berapa banyak tali mengikut poundage tali & diameter. Kebiasaanya, untuk tujuan casting di air tawar Malaysia jumlah ideal untuk dimasukkan ke dalam BC reel adalah sebanyak 100meter tali mainline. Akan tetapi, ia perlu juga bergantung kepada diameter tali tersebut. Jika hanya berjaya memasukkan anggaran sekitar 75% dari segulung tali 100m juga sudah memadai.

Maximum Drag

Maximum drag adalah jumlah tekanan (kg) yang dapat ditampung oleh sesuatu reel dengan mengunci sepenuhnya drag sebelum tali keluar. Sebenarnya masih ramai pemancing yang salah faham mengenai konsep maximum drag. Ramai juga yang menyangka jika sesuatu BC Reel yang mempunyai maximum drag yang rendah seperti 4.5kg maka saiz ikan yang boleh ditewaskan dengan reel tersebut hanyalah dibawah 4.5kg sahaja. Salah! Sebenarnya ikan yang lebih besar juga dapat ditewaskan dengan teknik yang betul seperti melonggarkan drag & fokus kepada teknik layanan ikan hingga ia penat.

Material Body
Kebiasaanya material body BC Reel dibuat dari bahan seperti carbon, alumnium, komposit (campuran) dan lain-lain bahan lagi. Setiap satu mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri. Tetapi kali ini kami ingin tekankan mengenai material carbon. Material carbon sering menjadi tumpuan caster untuk memilih reel kerana merupakan antara material yang paling ringan untuk menghasilkan body BC Reel. Untuk tujuan game casting yang memerlukan balingan banyak kali hingga habis sesi memancing, material carbon yang ringan memang menjadi pilihan.

Pengawalan Backlash
Kebanyakan BC reel moden dilengkapi dengan sistem pengawalan backlash yang membantu mengurangkan backlash (bihun) semasa cast. Sangat digalakkan bagi pemancing yang baru hendak berjinak-jinak menggunakan BC reel yang hadir dengan sistem begini kerana akan lebih mudah untuk mengendalikan BC reel tersebut. Tidaklah masa terbuang terlalu banyak untuk menguraikan bihun yang berlaku.
总办事处

EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
1728, Kampung Tongkang Permatang Tinggi, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.expfishing.com
网址: https://expfishing.newpages.com.my/
网址: https://expfishing.onesync.my/

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • US 13983
  • GB 11180
  • CA 9239
  • AU 8389
  • IE 4489
  • BR 2026
  • NZ 1279
  • CN 1214
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us