YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia merupakan produk kebanggaan Pahang yang ketiga selepas Pahang Pride Kid dan Pahang Pride Kasih.
	“Program Pahang Pride Student terbahagi kepada dua kategori bantuan iaitu pertama, pelajar kategori B40 dan M40 akan mendapat diskaun sebanyak 20 peratus untuk membeli barangan persekolahan di MBS Book and Stationeries.
	 
“Kedua, di bawah inisiatif Pahang Pride Student ini juga, Kerajaan Negeri akan memberi RM100 kepada kira-kira 50,000 orang pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian set alat keperluan persekolahan di mana ia akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun 2022 bermula iaitu pada 20 Mac 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pahang Pride Student di Pekarangan MBS World, Jalan Tanah Putih, Kuantan hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi Tan Sri Abd. Razak.
Dalam pada itu beliau berkata, kad diskaun ini boleh digunapakai sepanjang tahun dan bukannya tertakluk kepada musim kembali ke sekolah sahaja.
“Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM5 juta ringgit untuk program Pahang Pride Student ini dengan harapan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa terutama dalam persediaan untuk memulakan persekolahan anak-anak.









 
            
             
        
        
        
             
		
 
                 











 MY                                4643
MY                                4643                             US                                4100
US                                4100                             BR                                3649
BR                                3649                             CN                                1199
CN                                1199                             SG                                713
SG                                713                             GB                                699
GB                                699                             MX                                558
MX                                558                             IN                                435
IN                                435                             
         
        