Rumah pusaka tak boleh nak jual? Kami membantu waris dan pemilik mengurus proses rumah pusaka supaya hartanah dapat dijual dengan lebih mudah serta membolehkan waris mendapatkan deposit dengan lebih cepat.
Kes rumah pusaka selalunya mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan, malah ada yang tertangguh bertahun-tahun sebelum waris dapat menjual hartanah atau menerima sebarang duit daripada harta tersebut. Ramai waris menghadapi masalah seperti pertukaran nama yang belum selesai, kos guaman yang tinggi, ramai penama, serta kesukaran mencari pembeli kerana kebanyakan pembeli tidak boleh membuat pinjaman bank selagi hartanah masih di bawah nama si mati.
Di HartaOne, kami membantu waris dan keluarga menyelesaikan masalah rumah pusaka dengan proses yang lebih mudah dan tersusun. Untuk kes tertentu, kami membantu mendahulukan kos berkaitan urusan guaman, dokumentasi, pertukaran nama, dan proses berkaitan supaya waris tidak perlu menanggung beban kewangan yang besar di peringkat awal. Setelah semua pihak bersetuju dengan terma yang dipersetujui, waris juga berpeluang menerima deposit dengan lebih cepat tanpa perlu menunggu proses pusaka selesai sepenuhnya.
Kaedah ini membantu waris yang memerlukan duit segera tetapi tidak tahu bahawa hartanah pusaka mereka sebenarnya boleh dijadikan salah satu jalan penyelesaian kewangan. Daripada membiarkan rumah pusaka terus tertangguh tanpa penyelesaian, kami membantu mempercepatkan proses supaya keluarga dapat bergerak ke hadapan dengan lebih tenang.
Kisah Sebenar Pelanggan
Satu keluarga datang kepada HartaOne selepas menghadapi kesukaran menjual rumah pusaka milik arwah bapa mereka. Hartanah tersebut mempunyai tiga orang waris dan proses pertukaran nama serta urusan pusaka dijangka mengambil masa yang panjang selain melibatkan kos yang tinggi. Dalam masa yang sama, waris juga memerlukan duit dengan segera untuk komitmen peribadi masing-masing.
Pasukan kami membantu mengurus keseluruhan proses termasuk urusan berkaitan dokumentasi dan proses pertukaran nama. Setelah semua waris bersetuju dengan terma penjualan, setiap waris berjaya menerima sebanyak RM50,000 sebagai deposit awal, manakala baki selebihnya diselesaikan selepas proses pindah milik selesai.
Melalui pendekatan ini, keluarga tersebut bukan sahaja berjaya menjual hartanah pusaka dengan lebih lancar, malah dapat memperoleh akses kepada duit lebih awal tanpa perlu menunggu bertahun-tahun untuk keseluruhan proses selesai.



