Penglihatan Lebih Jelas, Direka Khas untuk Anda
Dapatkan penglihatan yang lebih tajam dan selesa dengan pelbagai pilihan kanta preskripsi yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup, keperluan visual, dan preskripsi anda. Sama ada anda memerlukan kanta untuk membaca, memandu, bekerja di hadapan skrin, atau pembetulan khas — kami ada penyelesaian terbaik untuk semua peringkat umur.
Pakar optik kami akan memberikan konsultasi profesional, fitting kanta yang tepat, dan cadangan yang sesuai — daripada kanta asas hingga kanta kawalan rabun untuk kanak-kanak dan remaja.
Jenis Kanta Preskripsi yang Kami Tawarkan:
-
Kanta Penglihatan Tunggal (Single Vision)
Untuk penglihatan jelas pada satu jarak – dekat atau jauh -
Kanta Bifokal
Dua kuasa dalam satu kanta – untuk jarak jauh dan membaca (garis pemisah kelihatan) -
Kanta Progresif (Multifokal)
Peralihan lancar antara penglihatan dekat, pertengahan dan jauh – tanpa garis ketara -
Kanta Penapis Cahaya Biru
Kurangkan keletihan mata akibat penggunaan skrin berpanjangan -
Kanta Fotokromik (Photochromic)
Automatik gelap di bawah cahaya matahari, cerah semula di dalam bangunan -
Kanta Indeks Tinggi (High Index)
Kanta ultra nipis dan ringan – sesuai untuk preskripsi tinggi -
Kanta Kawalan Rabun (Myopia Control)
Direka khas untuk memperlahankan perkembangan rabun – sesuai untuk kanak-kanak dan remaja
Kenapa Pilih Kami?
Preskripsi tepat & fitting kanta oleh pakar
Bahan kanta berkualiti tinggi dengan lapisan perlindungan (anti-reflektif, UV, anti-calit)
Rundingan peribadi berdasarkan keperluan visual & jenis bingkai
Serasi dengan bingkai berjenama & custom-made
Solusi rabun kanak-kanak yang dipercayai oleh ramai ibu bapa