CelcomDigi kini memperkenalkan penambahbaikan baharu untuk perkhidmatan fibre rumah mereka yang dikenali sebagai Fibre-To-The-Room (FTTR). Add-on ini direka untuk memberikan sambungan internet yang konsisten, stabil dan laju sehingga 1Gbps di setiap bilik, menggunakan kabel gentian optik khas yang dipasang di seluruh rumah — bukan bergantung kepada mesh Wi-Fi. Ini memastikan tiada lagi “blind spot” atau kawasan liputan lemah.
Siapa yang Layak?
FTTR kini tersedia untuk pelanggan di Lembah Klang yang melanggan pelan CelcomDigi Fibre 300Mbps dan ke atas.
Kelajuan Sebenar
Walaupun FTTR menyokong kelajuan sehingga 1Gbps, kelajuan sebenar tetap bergantung pada pelan fibre yang anda langgan.
Menariknya, CelcomDigi turut memaklumkan bahawa infrastruktur FTTR sebenarnya mampu menyokong kelajuan sehingga 10Gbps, sebagai persediaan jika mereka menawarkan pelan super laju tersebut pada masa depan.



BR 19615
VN 5110
US 4797
IN 3328
AR 2886
CN 2371
MX 1872
BD 1608
