Kuala Lumpur, – U Mobile dan TIME dotCom telah menjalin satu kerjasama strategik bagi menyokong rangkaian 5G U Mobile di bawah model dwi rangkaian kerajaan. Melalui perkongsian ini, U Mobile akan memanfaatkan infrastruktur fibre backhaul TIME yang luas bagi memastikan rangkaian 5G yang lebih pantas, stabil, berdaya tahan dan berkapasiti tinggi.
Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama membangunkan penyelesaian backhaul khusus mengikut strategi pelaksanaan 5G U Mobile. Mereka juga akan membangunkan proses integrasi untuk memastikan keserasian rangkaian dan prestasi terbaik untuk pengguna, perusahaan dan sektor awam.
Selain kolaborasi teknikal, U Mobile dan TIME akan meneroka inisiatif tambahan untuk mempamerkan penggunaan 5G dalam pelbagai industri bagi menggalakkan penerimaan teknologi 5G yang lebih meluas.
CTO U Mobile, Woon Ooi Yuen, berkata kerjasama ini mengukuhkan keupayaan U Mobile untuk memperluaskan liputan 5G di seluruh negara serta menyokong aplikasi penting seperti automasi dan IoT. EVP TIME, Ganesh Sivasamboo, menegaskan rangkaian MEF 3.0 TIME dibina untuk memenuhi keperluan sambungan 5G generasi baharu.
Pada masa ini, U Mobile juga menggunakan rangkaian fibre TIME untuk meluaskan liputan U Home Fibre kepada lebih 1 juta rumah tambahan, terutamanya kediaman bertingkat tinggi di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia.



BR 10201
US 4934
IN 3977
VN 3753
MY 1659
CN 1559
AR 1554
SG 1503
