Statistik penting –
SoH Bateri: 86%
Odometer Bateri: 93,279km
Jumlah tenaga boleh disimpan: 19.7kWh
Bilangan kali ditunda kerana kehabisan bateri: 0 (kosong)
Jarak maksimum setiap cas bergantung kepada gaya pemanduan saya atau seberapa berat kaki saya di pedal:
A: Jika mendapat 7km/kWh, jarak maksimum hingga 0% adalah sekitar 137.9km.
B: Jika mendapat 6km/kWh, jarak maksimum hingga 0% adalah sekitar 118.2km.
Dan ya, saya memang memandu Zoe saya hingga 0% SoC kerana baterinya kecil dan saya perlukan semua jarak yang boleh dapat. Kini penggunaan tenaga purata saya sentiasa pada tahap B iaitu 6km/kWh disebabkan kelajuan dan cara pecutan.
Jadi, mitos yang mengatakan bateri EV perlu ditukar selepas 10 tahun adalah tidak benar. Buang segala FUD (fear, uncertainty, doubt) anda selepas baca posting ini dan pergi beli e.MAS7, M6 atau EV yang anda suka untuk mula perjalanan mobiliti lestari anda. Jimat kos penyelenggaraan + kos cas elektrik lah…




BR 25851
VN 9028
US 7203
IN 4576
AR 3660
ID 2520
BD 2376
CN 2071
