Pada 29 Oktober 2025, Wistron MedTech dengan bangganya telah menyertai program Memperkasa Barisan Hadapan yang berlangsung di Auditorium, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh. Program ini dianjurkan bersempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia 2025 dan berjaya menghimpunkan hampir 100 peserta, termasuk petugas kesihatan dari HoSHAS serta kluster Pahang Tengah dan Barat, agensi kerajaan, NGO, dan komuniti OKU.
Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Mohamad Faqih bin Mohamad Puzi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan, dengan penganjuran bersama Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT) dan Unit Rehabilitasi Hospital Bera.
Antara fokus utama program ini ialah Rehabilitasi Berasaskan Komuniti (CBR), strategi sokongan inklusif kepada OKU di peringkat komuniti, serta pengiktirafan kepada tokoh OKU yang berjaya menjalani pemulihan dan kembali mandiri dalam masyarakat. Selain sesi perkongsian ilmu, turut diadakan pameran kesihatan dan interaksi bersama rakan strategik seperti JKM, PERKESO, NGO dan komuniti OKU.
Wistron MedTech telah mempamerkan Keeogo lower limb exoskeleton, iaitu teknologi robotik yang membantu meningkatkan mobiliti dan tahap berdikari, sekali gus menegaskan komitmen kami dalam memperkasa teknologi rehabilitasi yang lebih mudah diakses.
Inisiatif ini menjadi pemangkin kepada ekosistem komuniti OKU yang lebih mesra, inklusif dan menyokong pemerkasaan OKU di Negeri Pahang dan seterusnya.
Pejabat Utama
Keeogo Robotic Training Centre 202101012952 (1413251-V)
Lot No. G-01, PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Sek. 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.