Pemakaian pad boleh menyebabkan ruam akibat geseran daripada pergerakan. Berjalan, berlari, dan aktiviti fizikal lain, menurut Pusat Kesihatan Remaja Perempuan, boleh menyebabkan pad bergerak ke depan dan belakang, menyumbang kepada ruam geseran pada vulva. Ruam boleh berlaku kerana kerengsaan yang disebabkan oleh bahan dalam pad tersebut. Dalam beberapa kes, gabungan kelembapan dan haba boleh menyumbang kepada pertumbuhan bakteria.
Punca Ruam Pad
Dermatitis Kontak
Dermatitis kontak bermaksud reaksi kulit alahan dan ini boleh berlaku apabila seseorang mengalami ruam akibat bahan atau bahan kimia yang bersentuhan dengan vulva. Pad saniatari wanita mengandungi pelbagai bahan yang merengsa, seperti pelekat dan wangian. Orang yang mempunyai kulit sensitif mungkin mendapati bahawa mereka bertindak balas terhadap jenis pad saniatari wanita tertentu. Dalam kes ini, menukar jenama boleh membantu mencegah masalah pada masa akan datang.
Kelembapan dan Haba
Menukar Pad Secara Tidak Kerap
Wangian
Bagaimana Merawat Ruam Pad
Untuk dermatitis kontak, disarankan untuk mencuba jenama pad yang berbeza atau tuala wanita yang bebas daripada dioxin. Yang lain mungkin mendapati bahawa menggunakan pad yang lebih kecil membantu mengurangkan ruam yang berkaitan dengan geseran. Beberapa rawatan untuk dermatitis kontak termasuk:
- Menggunakan pad tanpa wangian
- Memakai seluar dalam kapas yang longgar untuk mengurangkan geseran
- Mencuba jenama pad yang berbeza atau pad bebas dioxin untuk mengurangkan kesan sampingan
- Menukar pad secara kerap untuk mengelakkan kelembapan berlebihan dan mengurangkan risiko iritasi
- Menggunakan pad kapas/pure cotton/pad kapas organik yang tidak mengandungi sebarang pewarna atau pelekat/bebas dioxin. Pad ini lebih mahal, tetapi jika anda mempunyai kulit sensitif, mereka boleh membantu mencegah ruam
- Menggunakan salap antikulat untuk mencegah jangkitan yis; berunding dengan ahli farmasi atau doktor sebelum menggunakannya
- Berunding dengan doktor jika keadaan ini teruk dan menjejaskan kehidupan harian anda atau menyebabkan ketidakselesaan
Bila Perlu Berunding dengan Doktor
Oleh BFF Personal Care Sdn. Bhd.
Beralamat di Johor Bahru (JB), Malaysia