Pada 24 Mei 2025, QF Greentech Sdn Bhd - QueensFloor dan MOM Worldwide Sdn Bhd - MUM KiTCH telah menghadiri akitivit Penanaman Pokok IGreen Warriors di Kota Permai, Pulau Pinang. Aktiviti ini dianjurkan oleh JCI Entrepreneur Metropolitan & Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebagai inisiatif untuk memerangi penebangan hutan dengan menanam pokok bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau, mengurangkan pelepasan CO2 serta meningkatkan kualiti udara.
Syarikat kami menyokong aktiviti ini dengan menjadi salah satu penaja dan turut menanam 10 pokok sebagai tanda sokongan terhadap tujuan murni program ini.
Kami akan menyertai lebih banyak inisiatif pada masa depan untuk melindungi alam sekitar kerana setiap usaha akan menyumbang ke arah masa depan yang lebih baik dan hijau untuk semua!