Masalah Gearbox Mercedes-Benz: Baiki 7G-Tronic atau Beli Used Original di KL?
Bagi pemilik Mercedes-Benz di Malaysia, tanda-tanda awal kerosakan gearbox 7G-Tronic atau 9G-Tronic termasuklah gear sentap (jerking), lambat masuk gear, dan amaran "Transmission Malfunction". Walaupun membaiki Conductor Plate (TCU) adalah satu pilihan, menukar satu set lengkap dengan gearbox "Used Original" yang telah diuji dari M.S. Motor selalunya adalah penyelesaian yang lebih selamat dan jimat untuk jangka masa panjang.
"Pembunuh Senyap" Transmisi Mercedes di Malaysia
Jika anda memandu Mercedes-Benz C-Class (W204/W205) atau E-Class (W212) di Kuala Lumpur, anda pasti sukakan kelancaran transmisi 7G-Tronic atau 9G-Tronic yang lebih baru. Namun, cuaca panas terik di Malaysia dan keadaan trafik yang asyik "jem" di LDP atau Federal Highway adalah musuh utama gearbox sensitif ini.
Tidak seperti gear manual, unit automatik yang kompleks ini sangat bergantung pada elektronik dan tekanan minyak. Bila ia rosak, anda ada dua pilihan sukar: Baiki (Overhaul) atau Tukar (Replace)?
Sebagai pakar dalam alat ganti Mercedes-Benz, kami di sini untuk beri fakta sebenar.
3 Tanda Utama Gearbox 7G-Tronic Anda Nak Rosak
Sebelum kereta anda tersadai tepi jalan, ia biasanya akan bagi "hint". Perhatikan tanda-tanda ini:
1. "Sentap Pagi" (Masalah Cold Start)
Bila anda start kereta waktu pagi, adakah ia bunyi "jedug" atau sentap kuat bila masuk gear D atau R? Masalah ini selalunya berpunca daripada tekanan minyak yang hilang atau valve body yang dah lemah.
2. Tersangkut dalam "Limp Mode"
Ini paling biasa jadi. Kereta tak boleh masuk gear lebih dari gear 2 atau 3 untuk lindungi enjin. Puncanya kerap kali disebabkan oleh kerosakan Conductor Plate (Speed Sensor).
3. Gear "Free" (RPM Tinggi, Kereta Tak Jalan)
Jika anda tekan minyak, RPM naik mencanak tapi kereta macam berat atau tak pergi, itu tandanya "clutch pack" dalam gearbox dah haus (slipping).

