Please login to use this feature. You can use this feature to add the product to your favourite list.
Close
You have added this product to your favorite list. Check My Favourite
Close
You have removed this product from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your favourites list.
Close
This company has been added successfully. Check My Favourite
Close
This company has been removed from your favourite list.
Close
Please login to use this feature. You can use this feature to add the company to your inquiry cart.
Close
This company has been added to your inquiry cart.
Close
This company has been removed from your inquiry cart.
Close
This product has been added to your inquiry cart.
Close
This product has been removed from your inquiry cart.
Close
Maximum number of Product/Company has been reached in inquiry cart.
Close
EXP FISHING (M) SDN BHD
EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
Onesync Platinum SSM

KORANG DAH PERNAH SAMPAI SINI? 5 Spot Casting Toman yang Popular - EXP FISHING (M) SDN BHD

KORANG DAH PERNAH SAMPAI SINI? 5 Spot Casting Toman yang Popular

05-Sep-2024

1. Tasik Gubir, Kedah

Tasik Gubir yg terletak di daerah Sik mempunyai aura tersendiri dengan keindahan alam semula jadinya dan merupakan lokasi yang menarik untuk pemancing. Dengan pelbagai spesies ikan air tawar, termasuk toman, tasik ini menjadi pilihan ramai pemancing yang mencari pengalaman memancing yang unik dengan suasa alam semula jadinya yang menenangkan sesuai untuk healing meskipun kumpaw.

2. Tasik Bukit Katak, Pulau Pinang

Tasik Bukit Katak yang terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini dahulunya terkenal dengan lokasi pengunjung mengambil gambar 'OOTD' kerana kecantikan air tasik yang kehijauan terbentuk hasil daripada aktiviti perlombongan kuari. Tetapi kini, tasik ini majoriti pengunjungnya adalah pemancing yang mahu menduga ikan air tawar seperti toman & haruan di tasik itu.

3. Sungai Kurau, Perak

Dalam kalangan kaki casting toman, Sungai Kurau terkenal dengan ikan toman air masin sebagai target. Satu perkara yang menarik di Sungai Kurau adalah banyak spot yang memerlukan caster untuk melakukan teknik skipping di bawah pokok untuk memujuk toman yang ada di celahan pokok. Selain itu ,sungai yang terletak di dalam daerah Kerian itu adalah lokasi yang popular di kalangan pemancing yang mencari ikan air tawar seperti baung dan lampam.

4. Tasik Temenggor, Perak

Tasik Temenggor merupakan salah satu tasik terbesar di Malaysia. Tasik ini , menawarkan pelbagai spesies ikan untuk ditangkap, terutamanya toman dan sebarau. Dengan pemandangan yang menakjubkan dan ekosistem yang kaya, ia merupakan antara destinasi utama bagi pemancing dari seluruh dunia! Banyak caster yang sudah berjaya mendaratkan toman saiz monster di Tasik Temenggor.

5. Air Kuning, Perak

Air Kuning merupakan salah satu spot mancing paling klasik di Malaysia. Tasik-tasik yang terbentuk hasil daripada aktiviti perlombongan di zaman penjajahan British ini sudahpun menjadi tumpuan kaki mancing dari merata tempat sejak dari tahun 1980an lagi. Target utama ikan disini kebiasaanya adalah ikan Peacock Bass. Namun, tidak mustahil juga untuk dapat mendaratkan toman disini kerana wujudnya spesis itu.

Jadi sekiranya korang ada peluang pergi ke negeri utara dan berhampiran spot-spot ini, jangan lepaskan peluang untuk cast sekali dua. Jika ada rezeki dapatlah memegang lesen toman di spot-spot yang terkenal ini. Semoga tidak kumpaw!
Pejabat Utama

EXP FISHING (M) SDN BHD 201801033501 (1295528-P)
1728, Kampung Tongkang Permatang Tinggi, 14000 Bukit Mertajam, Penang, Malaysia.

Tel:

Emel:
Laman Web: https://www.expfishing.com
Laman Web: https://expfishing.newpages.com.my/
Laman Web: https://expfishing.onesync.my/

Melayari Melalui : Laman Utama - Klasifikasi - Syarikat - Tempat - Tag - Produk - Berita Baru dan Promosi - Jawatan Kosong - Laman Web Mudah Alih - Google - Keputusan SEO

NEWPAGES

  • US 19561
  • BR 16672
  • GB 13521
  • CA 10583
  • AU 8438
  • IE 5787
  • TR 2136
  • NZ 1657
Orang dalam talian
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us