Hubungan klinikal antara sakit bahagian belakang bawah dan osteoartritis lutut
(Amarasinghe et al., 2023)
Osteoartritis (OA) lutut, atau lebih dikenali sebagai sakit sendi lutut disebabkan oleh proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan. Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’. Osteoarthritis adalah penyakit progresif, bermaksud ia akan semakin memburuk dari masa ke semasa sehingga boleh menghadkan aktiviti harian individu terbabit. Bagi setiap individu, intensiti simptom yang dihadapi adalah berlainan.
Osteoartritis (OA) dan sakit bawah belakang badan adalah masalah kesihatan yang paling kerap membawa kepada kesakitan dan kekurangan upaya di seluruh dunia. OA adalah jenis arthritis yang serius yang menyebabkan kesakitan dan kekurangan upaya.
Senaman lutut yang dicadangkan kepada pesakit OA lutut mungkin tidak berkesan terhadap sesetengah pesakit yang mengalami OA lutut. Ini mungkin disebabkan oleh kondisi lain yang berlaku serentak menjejaskan OA lutut, seperti sakit bawah belakang badan. Ini selalunya menjadi rungutan yang kerap diberikan oleh pesakit yang sedang menghadapi serentak OA lutut dan sakit bawah belakang dan telah dilaporkan dalam 57.4% pesakit OA lutut.
Kami di Benphysio menyediakan perkhidmatan ini di semua cawangan kami di Oval Damansara, Bangsar, Puchong, KL Ampang, Cheras dan Giza KD. Kami pakar dalam fisioterapi tangan untuk merawat masalah tersebut.
Punca
- Penjajaran lumbar-pelvik dan bahagian bawah badan - tulang belakang bahagian lumbar bekerja sebagai sumber utama untuk pampasan, manakala pinggul kehadan dan anteversi pelvic menambahkan lagi pampasan kedapa tulang belakang lumbar.
- Kecondongan pelvik anterior yang banyak: kajian telah menunjukkan darjah kecondongan pelvik anterior yang besar (44.68°) dijumpai lebih di kalangan pesakit OA lutut yang samada sakit bawah belakang atau tidak berbanding dengan orang sihat yang lain.
- Retroversi pelvik menyebabkan putaran pinggul ke luar dan kecacatan lutut varus - Retroversi pelvik adalah berkaitan dengan posisi ketika berdiri. Kecacatan lutut varus meningkatkan beban tibiofemoral medial dan berkait juga dengan osteoartritis lutut. Oleh itu, perubahan kepada penjajaran lumbar-pelvik, lebih-lebih lagi retroversi pelvik, boleh membawa kepada perkembangan lutut OA.
Kesimpulan
Sakit belakang amat berkait dengan sakit lutut. Jika dibandingkan dengan pesakit OA lutut yang menghadapi sakit bawah belakang badan yang tidak serius, pesakit yang menghadapi sakit bawah belakang badan yang parah memberikan skala sakit yang lebih tinggi juga mempunyai kejadian pelvik yang tinggi dan telah dikenalpasti adalah faktor risiko untuk perkembangan spondylolisthesis dan OA lutut. Peningkatan retroversi pelvik, pinggul ke belakang, pembengkokkan lutut dan dorsiflexi buku lali sebagai pergerakan pampasan. Mekanisma pampasan seperti berikut menambah beban kepada sendi lutut, seterusnya menyebabkan perkembangan kepada OA lutut.
Sekali lagi, kami di Benphysio menyediakan perkhidmatan ini di semua cawangan kami di Oval Damansara, Bangsar, Puchong, KL Ampang, Cheras dan Giza KD. Kami pakar dalam fisioterapi tangan untuk merawat masalah tersebut. Sila hubungi kami untuk membuat temujanji untuk mendapatkan diagnosis masalah anda oleh ahli fisioterapi kami dan diselesaikan melalui fisioterapi secara hands on. Kami ada di Oval Damansara, Bangsar, Puchong, KL Ampang, Cheras dan Giza KD.
References
- Amarasinghe, P., Wadugodapitiya, S., & Weerasekara, I. (2023). Biomechanical and clinical relationships between lower back pain and knee osteoarthritis: a systematic review. Systematic reviews, 12(1), 28. https://doi.org/10.1186/s13643-022-02164-3
- Suri P, Morgenroth DC, Kwoh CK, Bean JF, Kalichman L, Hunter DJ. Low back pain and other musculoskeletal pain comorbidities in individuals with symptomatic osteoarthritis of the knee: data from the osteoarthritis initiative. Arthritis Care Res. 2010;62:1715–1723. doi: 10.1002/acr.20324.
- Yasuda T, Togawa D, Hasegawa T, Yamato Y, Kobayashi S, Yoshida G, et al. Relationship between knee osteoarthritis and spinopelvic sagittal alignment in volunteers over 50 years of age. Asian Spine J. 2020;14:495–501. doi: 10.31616/asj.2018.0266.
Lokasi:
Benphysio @ Oval Damansara
016-390 2015 WhatsApp
Unit 2-1 & 2-2, 2nd Floor, Oval Damansara
Benphysio @ Puchong
010-253 2015 WhatsApp
40-G, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri
Benphysio @ Bangsar
010-263 2015 WhatsApp
17, Persiaran Ara Kiri, Lucky Garden, Bangsar
Benphysio @ KL Ampang
010-283 2015 WhatsApp
Lot G.09, Ground Floor, The Grange @ Ampwalk
Benphysio @ Cheras
010-287 2015 WhatsApp
213, Jalan Sarjana, Taman Connaught
Benphysio @ Kota Damansara Giza
016-439 2015 WhatsApp
C-11-G, Sunway Giza Mall, Dataran Sunway, Kota Damansara
Benphysio @ Puncak Alam
016-732 2015 WhatsApp
No. 25, Jalan Niaga Bestari 7, Puncak Bestari, 42300 Puncak Alam, Selangor
Benphysio @ Ayer Keroh Melaka
018-985 2015 WhatsApp
No. 1, Pusat Komersial, C-G-9, Jalan Pkak 1, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Benphysio @ Mount Austin Johor
018-288 2015 WhatsApp
Room 15, Nook Workspace•Storage Mount Austin, 117, Jalan Mutiara Emas 10/19, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim