Sam Mental Arithmetic - Sam Mental Arithmetic is an abacus and mental arithmetic based learning centre. Our centre is located in Klang, Selangor, Malaysia.
Pusat Akademi SAM Mental Arithmetic (SMA) telah ditubuhkan pada tahun 2013. Pejabat Utama SMA terletak di Kristal Klang Commercial Center, Klang, Selangor. Cawangannya adalah di Batu 10, Kapar, Klang, Kelantan, Ipoh, Johor, and Seremban.
SMA dipimpin oleh Wasabi Sim dan Sam Sim Ban Yee. Seramai 30 orang guru-guru SMA yang telah dilatih turut mengajar lebih daripada 50 buah pusat pembelajaran, termasuklah taska, tadika, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan.
Program 3 dalam 1’SMA, iaitu abakus, arithmetik dan matematik sekolah selaras dengan dasar pendidikan Malaysia. Bahasa pengajaran ialah bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Program ini bersesuaian untuk murid-murid berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun tanpa mengambil kira tahap akademik masing-masing.
Kurikulum SMA dijalankan di bilik darjah tetapi murid-murid dibahagikan dalam kumpulan yang kecil. Tujuannya adalah untuk memastikan suasana pembelajaran yang selesa dan membolehkan guru-guru meneliti kemajuan murid-murid secara berasingan.
Guru-guru di SMA akan mengajar murid-murid bagaimana untuk menggunakan abakus langkah demi langkah iaitu daripada asas, hafal formula, soalan, latihan, kertas abakus dan mental. Kemudian, guru-guru akan mengajar secara aktif. Pengajaran dan pembelajaran di SMA ialah sangat fleksibel dan mempunyai asas yang baik. Tambahan lagi, murid-murid pula dapat meningkatkan kecekapan dan minat dalam pembelajaran mereka.
Selain itu, pada setiap tahun SMA juga aktif mengadakan pertandingan ‘Sam Abacus’dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Murid-murid yang memperolehi markah yang tinggi akan dipilih untuk ke dalam & luar negeri.
Murid-murid yang mempelajari aritmetik ini bukan sahaja dapat membantu mereka dalam bidang akademik bahkan turut membantu dalam perkembangan kerjaya dan masa depan mereka kelak. Dengan itu, proses pembelajaran ini sangat memerlukan kesabaran, sokongan dan dorongan ibu bapa supaya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan kemajuan mereka dan melatih mereka untuk bersosial.
Seterusnya, di atas permintaan beberapa ibu bapa, SMA juga menyediakan kelas lukisan yang diajar oleh guru-guru seni yang terlatih. Murid-murid dapat memperkembangkan kreativiti masing-masing apabila mengikuti kelas ini kerana guru-guru seni SMA mengajar secara terperinci bagaimana untuk menghasilkan lukisan yang terbaik.
Jika mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera dalam risalah yang disediakan.
KAMI BERHARAP ANDA ADALAH SALAH SEORANG PESERTA YANG KAMI CARI!