Serdang, 21 Jun 2025 –, Team Neolee telah hadir sebagai penaja rasmi kerusi roda untuk rancangan Sepahtu Reunion Live di Dewan Bankuet, UPM. Malam itu bermula dengan penuh keterujaan apabila kami mendapat tempat duduk di barisan hadapan, begitu dekat dengan pentas. Perasaan bangga memuncak apabila kami melihat logo Neolee gah terpapar di atas pentas, menjadi sebahagian daripada acara komedi terkemuka negara.
Semasa persembahan berlangsung, kami amat gembira melihat kerusi roda tajaan kami digunakan dengan jayanya dalam beberapa babak, membuktikan fungsinya dalam melancarkan sketsa mereka. Malam itu turut diserikan dengan pelbagai kejutan, termasuk hukuman kelakar balingan belon air yang dikenakan kepada Ropie kerana ketawa dahulu, serta kemunculan istimewa penyanyi popular, Ezad Lazim, sebagai watak kameo.
Sebagai penutup malam yang gemilang itu, Ezad Lazim telah menghiburkan penonton dengan dua buah lagunya yang popular. Sebelum pulang, kami sempat merakamkan gambar kenangan sebagai tanda ingatan. Neolee dengan bangganya menaja kerusi-kerusi roda untuk rancangan Sepahtu Reunion Live 2025! Jom terus sokong rancangan & artis tempatan kita!
#Sepahtu #SepahtuReunionLive2025 #SepahtuReunionLive #Sponsorship #Wheelchair #KerusiRoda #FYP #Foryou #Neolee #NeoleeRehabSupply