Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan, selaras dengan kelulusan Belanjawan 2021, Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan (PenjanaKerjaya 2.0) masih diteruskan dengan beberapa kategori baru dan syarat permohonan, bagi membantu para majikan yang mengambil pekerja baharu seterusnya bersama membantu kerajaan dalam menangani isu pengangguran dalam tempoh pandemik Covid-19 ini. Pihak majikan yang mengambil pekerja baharu akan menerima insentif kewangan sehingga RM6,000.00, mengikut kategori insentif,bagi setiap pekerja untuk tempoh sehingga 6 bulan ataupun RM 1,000.00 untuk tempoh 3 bulan bagi setiap perantisan yang diambil.
3. Pihak majikan kini boleh membuat permohonan PenjanaKerjaya 2.0 mulai 1 Januari 2021, melalui portal Penjana Kerjaya bagi setiap pekerja baharu yang telah diambil pada atau selepas 21 Disember 2020 tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini dilampirkan Infografik dan Soalan Lazim (FAQ) Program Insentif Pegambilan Pekerja dan Program Latihan (PenjanaKerjaya 2.0) untuk perhatian dan rujukan pihak tuan / puan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan PenjanaKerjaya 2.0 di talian 03-80915300 atau emel kepada penjanakerjaya@perkeso.gov.my. Tuan / puan juga kini boleh ikuti perkembangan kami di media sosial EISPERKESO untuk maklumat terkini dan program yang akan dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
	Pentadbir Program PenjanaKerjaya 2.0
	
	
	
	
	
	 









 
            
             
        
             
		

 BR                                19515
BR                                19515                             VN                                8370
VN                                8370                             US                                6568
US                                6568                             MY                                4839
MY                                4839                             AR                                2551
AR                                2551                             MX                                1478
MX                                1478                             CN                                1409
CN                                1409                             GB                                1376
GB                                1376                             
         
        
 
        