请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将商品添加到您的收藏列表。
关闭
您已经添加该商品到您的收藏列表。 查看我的收藏
关闭
从您收藏列表中删除此商品。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的收藏夹列表。
关闭
这家公司已成功添加。 查看我的收藏
关闭
这家公司已从你的收藏夹列表中删除。
关闭
请登录后使用此功能。 您可以使用此功能将公司添加到您的询问车。
关闭
这家公司已被添加到您的询问车。
关闭
这家公司已从询价车中删除。
关闭
该商品已被添加到您的询问车。
关闭
该商品已经从您的询价车中删除。
关闭
商品/公司已达到添加至询价车的数量。
关闭
Glide Technology Sdn. Bhd.
Glide Technology Sdn. Bhd. 200701001477 (759475-T)
营业
时间
星期一 - 星期五 8:30 AM - 5:30 PM
星期六 - 星期日 休息
我们在 公共假期休息
营业 休息
Onesync Platinum SSM

Kelab AMAR (IPG KBM) dinobatkan sebagai juara utama Pertandingan Anti-Corruption Innovation Project (ACIP) - Glide Technology Sdn. Bhd.

Kelab AMAR (IPG KBM) dinobatkan sebagai juara utama Pertandingan Anti-Corruption Innovation Project (ACIP)

12-Nov-2025

Kuala Lumpur: Projek inovatif 'i–integrity quest' hasil cetusan idea Kelab AMAR Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG KBM) dinobatkan sebagai juara utama dalam Pertandingan Anti-Corruption Innovation Project (ACIP).

Kemenangan itu diumumkan sempena Simposium Integriti Generasi Mahasiswa (SIGMA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025, yang diadakan di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech Mara (KPTM).

Simposium berkenaan menghimpunkan lebih 100 mahasiswa dari 11 Kelab AMAR di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program SIGMA Kuala Lumpur 2025 ini adalah usaha sama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur bersama Glide Technology Sdn Bhd.

Kerjasama ini dijayakan menerusi Inisiatif Potongan Cukai Pendapatan di bawah Subseksyen 34(6)(H) Akta Cukai Pendapatan 1967.
 

Inisiatif ini membuktikan langkah proaktif pihak swasta dalam menyokong hasrat kerajaan menggalakkan kerjasama dua hala bagi program pendidikan berteraskan antirasuah.

Objektif utama simposium adalah untuk memberi pendedahan meluas mengenai tanggungjawab dalam memerangi rasuah, selain menerapkan budaya antirasuah dalam kalangan mahasiswa bagi melahirkan generasi pemimpin masa depan yang berintegriti.

Program dimulakan dengan sesi pembentangan ACIP oleh lapan Kelab AMAR, di mana setiap kumpulan membentangkan ciptaan inovasi masing-masing yang bermatlamat meningkatkan integriti dan membanteras rasuah.

Kemuncak program adalah sesi forum bertajuk 'Bagai Api Dalam Sekam.' Sesi ini menampilkan dua panel iaitu Presiden dan Pengasas Glide Technology Sdn Bhd, Datuk Muhazli Muhamad, bersama Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur, Penolong Kanan Pesuruhjaya Noor Azeana Azis.

Forum yang dikendalikan Presiden Kelab AMAR Universiti Malaya, Nor Farahtul Ain Abdullah itu mengupas konsep 'api dalam sekam' sebagai simbolik kepada gejala rasuah dalaman yang mampu merosakkan sistem organisasi secara senyap jika tidak dibendung.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad ZakkuanTalib.

 
总办事处

Glide Technology Sdn. Bhd. 200701001477 (759475-T)
8, Jalan Tiang U8/92, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

电话:

邮件:
网址: https://www.glidetechnology.com.my
网址: https://glidetechnology.newpages.com.my/
网址: https://glidetechnology.onesync.my/

游览 : 首页 - 分类 - 公司 - 地区 - 标签 - 商品 - 消息与促销 - 工作征聘 - 手机版 - 谷歌 - 搜索引擎优化结果

NEWPAGES

  • BR 27383
  • VN 16642
  • US 5950
  • AR 4466
  • IQ 4150
  • MX 2796
  • VE 2285
  • MY 2057
人 在线
Seni Jaya Logo
Brochure
Download
Our PackageContact Us