ANDA BERHASRAT MENJUAL TANAH?
MEGAH LAND SEDIA MEMBANTU
Megah Land merupakan syarikat pembangunan yang aktif mendapatkan tanah berpotensi untuk dimajukan. Kami menyediakan beberapa pilihan kerjasama kepada pemilik tanah bagi memastikan aset anda dapat dimanfaatkan secara optimum dan menguntungkan.
1. Penjualan Tanah (Lot Kediaman)
Sekiranya anda mempunyai lot kediaman dan ingin melepaskannya, Megah Land menawarkan proses urus niaga yang telus dan profesional. Kami akan menjalankan analisis serta penilaian menyeluruh bagi menentukan kesesuaian dan potensi pembangunan tanah tersebut. Pendekatan kami sebagai pusat sehenti memudahkan pemilik tanah menguruskan penjualan tanpa kerumitan.
2. Pembangunan & Pecah Lot Tanah (Minimum 3 Ekar)
Bagi tanah berkeluasan sekurang-kurangnya tiga (3) ekar, kami menawarkan cadangan pembelian dengan nilai yang kompetitif. Pasukan teknikal Megah Land akan membuat penilaian terperinci termasuk aspek lokasi, potensi pasaran dan kesesuaian pembangunan. Kaedah pembayaran boleh dibuat secara sekaligus atau melalui pelan bayaran berperingkat yang fleksibel.
3. Kerjasama Strategik (Joint Venture)
Pemilik tanah dengan keluasan minimum tiga (3) ekar boleh memilih model kerjasama strategik bersama Megah Land. Kami akan menanggung kos berkaitan seperti guaman, ukur tanah dan urusan pejabat tanah untuk proses pecah lot kepada lot kediaman bernilai tinggi.
Selepas proses selesai, pemilik tanah akan menerima geran individu bagi setiap lot yang diwujudkan. Anda bebas untuk menyimpan, menjual atau membangunkan lot milik anda, manakala penglibatan Megah Land tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama.



