U Mobile kini mengembangkan liputan U Home Fibre secara besar-besaran sehingga mencapai 1.3 juta isi rumah di seluruh negara. Melalui kerjasama baharu dengan Time, U Mobile kini dapat memanfaatkan rangkaian fibre Time yang luas — membolehkan perkhidmatan U Mobile tersedia untuk lebih 1 juta rumah tambahan, khususnya kediaman bertingkat tinggi di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini, U Mobile juga telah menandatangani perjanjian akses fibre dengan Allo (TNB) untuk memulakan penawaran fibre pertamanya. Dengan gabungan Time dan Allo sebagai rakan infrastruktur, U Mobile kini menawarkan liputan lebih meluas, sambungan lebih stabil dan kedudukan lebih kukuh dalam pasaran fibre Malaysia.
Apa Yang Pelanggan Dapat Dengan U Home Fibre
Setiap pelan U Home Fibre disertakan dengan manfaat berikut:
-
Router WiFi 6 PERCUMA
Kelajuan lebih pantas, liputan lebih kuat dan prestasi lebih stabil untuk banyak peranti. -
Pemasangan Profesional Tanpa Caj Tambahan
Pemasangan oleh juruteknik terlatih — tiada kos tersembunyi. -
Internet Tanpa Had
Sesuai untuk streaming, gaming, kerja dari rumah, pembelajaran online dan penggunaan harian.
Polisi Penggunaan Adil (FUP) – Telus & Jelas
Seperti penyedia fibre lain, U Mobile melaksanakan Fair Usage Policy (FUP), tetapi ia hanya dikenakan mengikut kes tertentu.
Pengurusan jalur lebar dilakukan sementara sahaja sekiranya terdapat penggunaan luar biasa yang boleh menjejaskan pengalaman pengguna lain.
Ini menjadikan U Home Fibre pilihan yang stabil, berpatutan dan boleh dipercayai untuk keluarga dan pengguna intensif internet.



BR 29114
VN 7828
US 5714
AR 4358
MX 3122
IQ 2142
MA 1945
ZA 1866
