Plate-Loaded vs Selectorized: Perbezaan Penting Yang Setiap Pemilik Gym Perlu Tahu
Mesin plate-loaded menggunakan kepingan berat (weight plates) yang dipasang atau ditanggalkan secara manual. Ia memberikan pergerakan yang lebih natural seperti latihan free weight. Jenis mesin ini sangat digemari oleh atlet, bodybuilder, dan gym hardcore kerana tiada had maksimum berat, menawarkan pengalaman angkatan yang lebih realistik, serta dibina untuk tahan penggunaan berat. Walaupun ia memerlukan ruang yang lebih besar dan sedikit masa untuk menukar beban, equipment plate-loaded tetap menjadi pilihan terbaik untuk latihan kekuatan serius, pengguna advanced, dan mereka yang mengutamakan kuasa serta biomekanik semula jadi.
Manakala mesin selectorized pula menggunakan susunan pemberat (weight stack) yang disambungkan melalui kabel dan pulley, membolehkan pengguna menukar beban dengan cepat hanya menggunakan pin. Mesin ini lebih mudah digunakan, stabil, dan selamat sesuai untuk persekitaran komersial seperti hotel, kondominium, corporate gym, dan pusat kecergasan umum dengan pengguna pelbagai tahap. Walaupun ia mempunyai had berat tertentu dan memerlukan penyelenggaraan lebih kerana komponen mekanikal, mesin weight-stack menawarkan kemudahan, kelajuan, dan operasi mesra pengguna, menjadikannya sangat sesuai untuk beginner hingga intermediate serta fasiliti yang mengutamakan keselamatan dan kesederhanaan penggunaan.



